Isnin, 28 Januari 2013

KEMALANGAN JALAN RAYA


Sebagai pengguna jalanraya, kita semua tidak ingin terlibat dalam kemalangan, tetapi bak kata pepatah “Malang tidak berbau” ada baiknya kita mempunyai ilmu untuk menangani situasi apabila terlibat dalam kemalangan.

1.Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang
Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.

2.Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling
Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.

3.Dapatkan maklumat dari pemandu lain
Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lessen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.

4.Hubungi pihak insurans kereta anda
Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.

5.Buat laporan polis di balai polis terdekat
Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.

6.Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri
Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.

7.Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar
Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.

Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak.

Selasa, 22 Januari 2013

‎4 JENIS PEREMPUAN YANG JADI PENGHUNI NERAKA

Perempuan Yang Jahat Mulut Dan Kelakuan Terhadap Suaminya

••► Banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
••► Suka memburuk-burukkan suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan-kawan.
••► Curang kepada suami (si isteri membuat perkara haram dengan lelaki lain)
••► Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

Perempuan Yang Memperbodohkan Suaminya

••► Memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.
••► Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.
••► Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu

Perempuan Yang Tidak Mahu Menutup Aurat 

••► Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
••► Bergaya berlebih-lebihan apabila hendak keluar rumah.

Perempuan Yang Tiada Cita-Cita Melakukan Amal Ibadah Atau Menambah Amal Ibadah
 
••►Apabila disuruh solat, tidak mahu. Disuruh berpuasa, tidak mahu. Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu. Disuruh hadir kuliah agama di masjid, tidak mahu. Disuruh membaca buku-buku agama, tidak mahu. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok.

Ahad, 20 Januari 2013

ORANG MENGATA DENGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Kahwin Hantaran Murah 
Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

Kahwin Hantaran Mahal
Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.


Kahwin Di Usia Muda

Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

Kahwin Di Lewat Usia
Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

Kahwin Majlis Kecil
Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

Kahwin Majlis Besar
Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

Bersangka Baiklah, Jangan Dengar Kata Orang, Dengar Kata ALLAH! Hidup Insya-ALLAH Bahagia.

Nak Kahwin Tak Susah Tapi Mereka Dan Kita Yang Buat Kahwin Jadi Terseksa.

Sabtu, 19 Januari 2013

UBAN CAHAYA DI HARI KIAMAT

Diriwayatkan dari Fudhalah bin Ubaid r.a bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda

“ Barangsiapa yang beruban rambutnya dalam Islam, niscaya uban itu akan menjadi cahayanya pada hari kiamat”

Ketika itu ada seseorang berkata kepada Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam

“ Sesungguhnya ada orang –orang yang mencabut uban mereka” . Rasulullah shalallahu Alaihi Wasallam pun bersabda, “Barangsiapa yang ingin melakukannya berarti hendak mencabut cahayanya” (HR Al Bazzar , Ath Thabrani dan di hasankan Al- Albani dalam shahih At –Targhib wat Tarhib (2092).

Diantara keutamaan membiarkan uban dan tidak mencabutnya ialah pada hari kiamat kelak pemiliknya akan diberikan Empat Hal penting :

Cahaya diatas Shirat, setiap rambut putih dibalas satu kebaikan, dihapus darinya satu keburukan, dan Allah mengangkat satu derjat dari rambut itu.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi Shalallahu Alaihi wasallam bersabda ;

“ Janganlah kalian mencabut Uban. Sesungguhnya uban itu adalah cahaya pada hari kiamat . Barangsiapa yang tumbuh ubannya ketika Islam niscaya dicatatkan untuknya dengan uban itu satu kebaikan, dihapus dari orang itu satu kesalahan(dosa) dan ia ditinggikan satu derajat baginya dengan uban itu”
(HR Ahmad dalam Al-Fath Ar Rabbani 17/315, At Thirmidzi (2821),Ibnu Majah (3721) dan Ibnu Hibban. Sedangkan dalam shahih At-Targhib wat Tarhib Al Albani berkata “hadis ini Hasan shahih”(2096).

Jumaat, 18 Januari 2013

KITA SEBENARNYA

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 
Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama para sahabat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memuji manusia daripada memuji Allah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka membaca majalah daripada buku agama dan al-Quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

Rabu, 9 Januari 2013

HUKUM MENINGGIKAN KUBURAN


Banyak hadis menganjurkan perataan kuburan setelah pengebumian selesai, antara lain riwayat Muslim dan Abu Daud. Namun anjuran untuk meratakan kubur bukan bererti harus meratakannya dengan tanah. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa permukaan kuburan Rasulullah SAW agak tinggi dari tanah.

Tentang meninggikan kuburan, ulama pakar undang-undang Islam saling berbeza pendapat:

Imam Syafie membolehkan kuburan ditinggikan sedikit agar sekadar orang tahu bahawa itu kubur dan jangan sampai terpijak atau terduduk oleh penziarah. Pendapat ini disokong oleh Imam Nawawi dan Ibnul Qayyim dan mereka sepakat bahawa penimbunan itu jangan terlalu tinggi. Menurut mereka, kalau kubur mahu dibina oleh pemilik tanah, maka membina kuburan itu makruh hukumnya. Tetapi, kalau kubur barada di tempat umum, maka haram membinanya.
Imam Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad Hanbal dan majoriti Ulama Syafie menyatakan sunat meninggikannya sedikit.
Adapun menulis nama orang meninggal di atas kuburan, tarikh lahir, tarikh wafat, ayat-ayat Al-Quran dan asmaul husna dengan maksud untuk mendapat berkat tidak dibenarkan sama sekali. Tapi Al-Hakim ketika mengulas hadis tersebut mengatakan, "Memang hadis yang melarang adanya tulisan atas kubur itu adalah hadis sahih, hanya banyak ulama tidak mengindahkannya." Hal itu dapat dilihat pada kenyataan bahawa kuburan ulama di seluruh dunia penuh dengan lukisan ayat-ayat al-Quran dan lain-lain.

Saya berpendapat bahawa membuat konkrit kecil dan rendah di sekeliling kubur masih dalam batas-batas pembolehan. Begitu juga menulis nama orang meninggal, tarikh lahir dan tarikh wafatnya. Akan tetapi, melukis ayat-ayat Al-Quran atau seumpamanya atas kubur untuk mendapat berkat atau untuk mengusir "makhluk halus" sangat bertentangan dengan agama. Ini berbeza dengan menulis atau melukis ayat-ayat Al-Quran di dinding masjid. Tidak boleh mengqiyaskan (membandingkan) kubur dengan masjid untuk mendapat legitimasi undang-undang.

Selasa, 1 Januari 2013

KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

••► Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima di semua tempat oleh Allah S.W.T.

••► Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian..

••► Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w berbuat durhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka..

••► Memang benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T

6 WASIAT IMAM AS-SYAFIE

1. Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran, maka mulia nilai dirinya.

2. Barangsiapa yang berbicara tentang fiqh, maka akan berkembang kemampuannya.

3. Barangsiapa yang menulis hadis, akan kuatlah hujahnya.

4. Barangsiapa yang mengkaji bahasa, akan lembut tabiatnya.

5. Barangsiapa yang mengkaji ilmu hisab, maka akan sihat fikirannya.

6. Barangsiapa yang tidak menjaga jiwanya, maka ilmunya tidak akan berguna baginya

SYIAH SESAT


Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.