Rabu, 9 Januari 2013

HUKUM MENINGGIKAN KUBURAN


Banyak hadis menganjurkan perataan kuburan setelah pengebumian selesai, antara lain riwayat Muslim dan Abu Daud. Namun anjuran untuk meratakan kubur bukan bererti harus meratakannya dengan tanah. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa permukaan kuburan Rasulullah SAW agak tinggi dari tanah.

Tentang meninggikan kuburan, ulama pakar undang-undang Islam saling berbeza pendapat:

Imam Syafie membolehkan kuburan ditinggikan sedikit agar sekadar orang tahu bahawa itu kubur dan jangan sampai terpijak atau terduduk oleh penziarah. Pendapat ini disokong oleh Imam Nawawi dan Ibnul Qayyim dan mereka sepakat bahawa penimbunan itu jangan terlalu tinggi. Menurut mereka, kalau kubur mahu dibina oleh pemilik tanah, maka membina kuburan itu makruh hukumnya. Tetapi, kalau kubur barada di tempat umum, maka haram membinanya.
Imam Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad Hanbal dan majoriti Ulama Syafie menyatakan sunat meninggikannya sedikit.
Adapun menulis nama orang meninggal di atas kuburan, tarikh lahir, tarikh wafat, ayat-ayat Al-Quran dan asmaul husna dengan maksud untuk mendapat berkat tidak dibenarkan sama sekali. Tapi Al-Hakim ketika mengulas hadis tersebut mengatakan, "Memang hadis yang melarang adanya tulisan atas kubur itu adalah hadis sahih, hanya banyak ulama tidak mengindahkannya." Hal itu dapat dilihat pada kenyataan bahawa kuburan ulama di seluruh dunia penuh dengan lukisan ayat-ayat al-Quran dan lain-lain.

Saya berpendapat bahawa membuat konkrit kecil dan rendah di sekeliling kubur masih dalam batas-batas pembolehan. Begitu juga menulis nama orang meninggal, tarikh lahir dan tarikh wafatnya. Akan tetapi, melukis ayat-ayat Al-Quran atau seumpamanya atas kubur untuk mendapat berkat atau untuk mengusir "makhluk halus" sangat bertentangan dengan agama. Ini berbeza dengan menulis atau melukis ayat-ayat Al-Quran di dinding masjid. Tidak boleh mengqiyaskan (membandingkan) kubur dengan masjid untuk mendapat legitimasi undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan